Wednesday, May 30, 2012

Another Day Passed By


Bismillah. Assalamualaikum :)

My sister is on her holiday before she moves to her new campus in Sungai Buluh. So, I have to share the broadband with her of course. My time online-ing is becoming less but I’m cool with that because I got her hard drive in return (I can watch Glee!)

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, ramai betul orang yang suka telefon aku pagi pagi. Tak, bukan aku tak suka. Masalahnya aku tak bangun lagi pada waktu itu, dan ini bermakna, mereka akan mendengar suara aku yang serak serak basah baru bangun tidur tu. Dan perkara ini, amatlah menjatuhkan maruah saya sebagai wanita melayu kedua terakhir. Jumaat yang lepas, aku sepatutnya masuk kerja pukul 3 petang, maka, pada malam berikutnya, aku telah melayan Katekyo Hitman Reborn sepuas puasnya. Jam 12 tengah hari, telefon bimbitku berbunyi melagukan ‘Payphone’. Tertera di skrin nama pemanggil ialah K. Farah K…. 

A : Assalamualaikum
K : Waalaikumusslam. Izza, tak bangun lagi eh? Alamak, baru nak suruh masuk awal.
A : Hahahaha. Ha’ah. Oh, takpa. Boleh je.
K : Ha, datang awal eh. Ada masalah sikit la. Makan dulu.
A : Ha, kay.

Aku masuk kerja pukul 1. Ye, aku tau. Aku memang sentiasa awesome. Malas nak gosok baju, aku sarung jubah je. Ayu kan? Aku tau. Hee. Datang buat muka cool. Padahal segan ya amat sebab Abang Ramdan dengan Izzat dah ada. Mesti K. Farah dah cerita punya lah. Haha. Rupa rupanya, K kena pecah masuk. Radio dengan penyedut hampagas kena sapu, bersepah tak payah cakap la. Habis semua kertas kerja dengan fail budak budak ni. Maka, kena lah bergotong royong. Petang tu, mak Azyeanna bagi kitorang kek coklat dengan ucapan “Happy Teacher’s Day”. Terharu oh. Almaklmlah, aku rasa aku ni tak layak dipanggil cikgu. Muda sangat kalau nak banding dengan abang abang dan kakak kakak yang lain tu.

Balik kerja, layan Reborn lagi. Hehe. Suka oh. Rasa macam nak beli komik betul tapi aku tau aku takda duit. Tsk. Lepas ni nak download cerita pulak. Hooyeahh. Dan mungkin kerana ketaksuban aku terhadap Reborn itulah aku terbawa bawa dalam mimpi. Serious oh. Aku mimpi Tsuna, Yamamoto, Gokudera, dan sudah semestinya Reborn! Tadi pagi mimpi best punya. Aku mimpi dapat surat tawaran daripada University of Aberdeen. Ya Allah, jadikanlah mimpi aku itu kenyataan. Aamiin.

Aku turut mimpi Reborn 2. Setiap malam. Aku keliru siapa yang rindu siapa ni. Haha. Kay, berangan. Maaf.

Walaupun aku sangatlah ketagih untuk bertweet, aku tahan keinginan itu. Malahan, aku dah lama tak log masuk ke mana mana laman sosial. Aku sedang mencuba. Aku ambil jalan yang paling susah untuk diri aku. Aku nak yang terbaik untuk dia. Aku tak nak dia rasa janggal, dan ini je yang paling sikit aku boleh buat untuk bahagiakan dia.

I choose to distant myself.

It’s hard for me. But I have to. I’m so gonna miss everyone.

Have a good day people!

May Peace be Upon You :)

*Aku
**Kak Farah


No comments: