Monday, June 11, 2012

Where to?


Bismillah. Assalamualaikum :)

Sudah lama tidak mengarang, aku terlalu menghambakan diri kepada kerja hingga terlupa untuk memanjakan diri sekali sekala. Dan sekarang aku sedang berjauh hati dengan seseorang. Jangan tanya mengapa. Aku tiada jawapan untuk soalan yang satu itu.

Fasa 2 UPU sudah berlalu dan kerana ingin mengejar impianku untuk menjadi seorang pakar kanak kanak, aku telah mengisi ruangan upu ku dengan pilihan doktor perubatan kesemuanya. Ye, aku tau agak tidak matang di situ. Tapi, aku hanya mengikut nasihat mama ku dan aku yakin, pilihan ibu itu terbaik untuk masa depan kita.
Walaupun pada hakikatnya, aku tidak layak untuk mengambil kursus perubatan di Malaysia.
Jangan salah faham, keputusan peperiksaan akhir tahun saya sangat membanggakan. Mama dan ayah saya mencium pipi saya pada pagi saya meberi mereka menatap skrin computer riba untuk melihat keputusan peperiksaan yang diemelkan. Alhamdulillah, saya mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Malangnya, pada semester yang lepas, saya mengalami gangguan emosi yang sangat hebat sehingga mengakibatkan saya mendapat B dalam kertas Biologi. Bukan B+ ye rakan rakan. B sahaja. Natijahnya, pointer UPU saya turun kerana keputusan keseluruhan saya, Biologi mendapat B+.

Cuba cakap dengan aku universiti mana yang nak ambil pelajar untuk mengikuti kursus perubatan kalau Biologi dapat B?

May Peace be Upon You!



No comments: