Monday, May 21, 2012

Things Will Never be the Same

Bismillah. Assalamualaikum :)
Belakangan ini, Kuala Lumpur asyik hujan sahaja. Kay, ingat nak tulis dalam bahasa baku dan puitis tapi aku dah lama hilang skill tu (tak pernah ada pun). Haha.

Sakit kepala. Serious oh. Sabtu hari tu hujan lebat gila, kilat petir sabung menyabung kot. Nasib baik tak melatah kat K. Kalau tak, memang kena gelak la dengan semua orang. So, balik kerja, tunggu ayah amik, memang basah la kena hujan. Malam tu dah start pening, sakit tekak, selsema bagai dan akhirnya demam.

Sampai sekarang. 

Aku tak ingat dah berapa kali aku sakit dalam sebulan ni. Keke. Imuniti aku makin lama makin kurang. Dulu punya susah nak sakit. Haish. Takpa, orang cakap sakit itu penghapus dosa. Mudah mudahan Allah ampunkan semua dosa aku. Aamiin.

NI tengah menaip, LoveRevolution-CNBlue on play. Pening tapi rasa macam nak menulis, maka, aku gagahkan diri. Haha. Tak, sebab ni je satu satunya medium untuk aku cakap apa yg aku rasa. Ecehh. Aku pun rasa aku gedik. Maaf *tunduk tunduk kepala*

*If your love won’t stay with me forever,
I’ll be loving you whenever,

Twitter adalah salah satu laman sosial yang semakin meningkat naik selepas Facebook. Dan dengan tak malunya aku mengaku aku addicted kat Twitter. Haha. Semenjak dua menjak, tiga menjak ni, aku selalu tweet pasal Abang Rezza mahupun Aman (21 years old boy, with a babyface and wear specs) atau Izzat (mamat ni dulu panggil aku ‘Kak’ padahal tua setahun dari Kak Wa -..-). Sedikit pun aku takda hati dekat mereka mereka ni. I did that on purpose.

Because I don’t want anyone to know that I’m still waiting for that one person.

Dan, sebab aku tau that one person will be reading my tweets and I want ‘dia’ to know and think that I’m happy (though I’m not). Aku tak nak dia rasa bersalah atau terbeban. Cukuplah aku seksa dia selama ni. Sebab aku tau sekarang ni dia rasa macam ni, 

**Now and then I think of all the times you screwed me over,
Part of me believing it was always something I’d done

Another thing is, dia dah jumpa seseorang yang lagi baik dari aku. Tipu sangat la kalau aku cakap aku tak sedih, but part of me is happy. Because he deserves better. Afterall, he’s a turtle. (Baca di sini) Teramat sangatlah baik untuk aku. Ini bukan hiperbola. Ini kenyataan ye rakan rakan.

Aku bukan nak tunjuk baik. Aku Cuma nak dia bahagia. Haha. Jiwang plak aku. What he didn’t know wont hurt him. Frankly speaking, aku jealous dengan the other person. Sebab dia dah dapat sesuatu yang sangat tak ternilai. Hee.

The world is forcing me to smile,
And you’re not here to help me notice the rainbow.
Mungkin sebab tu aku asyik sakit.

May Peace be Upon You :) 


*Love Revolution – CNBlue
**Somebody I Used to Know – Gotye ft. Kimbra





No comments: