Monday, May 7, 2012

Blood is Thicker than Water.


Bismillah. Assalamualaikum :)

I have an eldest brother age 25, two older sisters, 24 and 21 respectively and a younger sister, 16. Since I’ve decided to write in Malay, so here it goes.

Kebanyakan kawan kawan aku, akan gelak bila dengar aku cerita pasal kakak kakak aku yang awesome (tengoklah siapa adik diorang). Dan diorang akan terkejut bila aku cakap aku ada seorang adik, dan seorang abang. Diorang selalu ingat aku yang paling bongsu sebab aku bahasakan diri sebagai adik dan teramat lah sangat manja. Sebenarnya, aku rapat dengan kakak kakak aku je. Dengan adik aku, komunikasi di antara kami sangatlah kurang.

Pelik bukan?

Tipu lah kalau aku cakap aku tak jealous tengok orang lain yang rapat dengan adik beradik. Kalau aku dengan adik aku pergi ikut Mama dan Ayah pergi kenduri atau mana mana majlis (sebab kitorang paling bongsu --‘’), kitorang memang takkan bercakap antara satu sama lain. Sedangkan, waktu Ira lahir dulu, aku sangatlah gembira sampai berjoget joget dia atas bangku kayu lalu terjatuh dan luka di dahi sehingga meninggalkan parut (Mama suka betul cerita pasal ni sebab nak bagi aku malu, tapi aku nafikan. Aku cakap aku joget sebab ada lagu dangdut). Waktu kecik pun, aku rasa aku rapat la jugak dengan Ira, sampai aku pernah selamatkan dia dari jatuh dalam longkang (hasilnya, aku yang jatuh). Aku pun tak tau kenapa macam ni.

Aku jarang cakap pasal abang. Sebab, abang dah 25. Orang mesti tanya, “Abang kau kerja mana?” atau, “Abang kau belajar kat U mana? Amik course apa?”  Dan sesuatu yang aku jarang beritahu orang, abang saya autistik. Aku tak cerita bukan sebab aku malu. Tapi aku taknak orang label abang sebagai retard. Alhamdulillah, Mama dan Ayah Berjaya didik dia untuk menjalani kehidupan dengan normal. Orang takkan Nampak yang dia tu autistik. Pemikiran dia je yang tak sama macam kita. Aku paling tak suka orang marah abang. Kadang kadang aku nangis bila abang kena marah. Kalau Ira marah abang, memamg aku rasa nak lempang je dia. Tapi selalunya aku masuk balik, aku nangis. Haha. Agak tidak berguna di situ. Pernah sekali, abang cakap kat Mama dia nak amik SPM ulangan. Dia bongkar semua buku buku dia, diia pergi kat Kak Wa, dia suruh Kak Wa ajar. Abang cakap dia nak masuk Universiti mcm kakak dengan Kak Wa (aku Form 5 time tu). Mama cakap, tak boleh. Sebab otak abang memang tak boleh nak terima semua tu. Abang kecewa sangat, sampai taknak keluar bilik. Waktu Mama cerita, aku sebak, sebab sampai sekarang aku selalu merungut taknak belajar. Tapi Abang? Dia nak tapi tak boleh.

Aku tak ingat bila kali terakhir aku mengalah dengan Ira. Sebab kalau gaduh memang aku nak menang je. Haha. Tapi tadi aku mengalah pasal sesuatu. Sebab aku taknak Mama dengan Ayah pening pasal kitorang. Dan sebab aku tau aku kakak. Aku kena mengalah. Itu termasuk dalam salah satu tugas seorang kakak. Kot.

Aku selalu doa abang dapat jodoh yang baik. Seseorang yang takkan mainkan dia. Yang jaga dia dengan ikhlas. Aku taknak orang mainkan abang, buli dia macam kawan kawan dia selalu buat. Abang terlampau naïf. Dan aku rasa tak berguna bila aku tak boleh buat apap apa untuk tolong dia.

Ya Allah, kau satukanlah kami adik beradik. Jadikanlah kami anak anak yang berjasa kepada kedua ibubapa kami. Aamiin.

May Peace be Upon You :)

No comments: