Wednesday, October 19, 2011

Kawan.

Bismillah.
Hari ni aku nak tulis dalam Bahasa Melayu.
Aku tidur pukul 7 pagi hari ni. Set alarm nak bangun pukul 9 pagi, tapi aku terbangun pukul 11. Haish. Yang aku ingat, mama ada masuk bilik, suruh google kan peta nak pergi Pejabat Buruh kat Jalan Ampang. Semalam mama pergi tapi sesat, maka aku tau mama mesti nak suruh aku teman tapi, bila aku bangun mama dah takda. Maaf Ma. Pokoknya, daunnya, rantingnya di sini, janganlah bangun lambat walaupun korang tengah cuti. Kasihanilah ibubapa anda. Sampai bila kita nak jadikan “qada’ tidur” sebagai alasan? Itu lapuk punya alasan. Aku guna time sekolah dulu je woi. Aku tidur lambat bukan sebab ber-Facebook, ber-Twitter mahu pun ber-Skype-ing macam kalian, aku memang taknak tidur. Aku nak jadik kelawar. Tidur siang, berjaga malam. Kenapa? Aku cerita dalam post akan datang nanti (gaya macam ada orang tunggu je)
Kawan. Dari kecik, sampai la kita besar, perkataan ni la yang memenuhi hidup kita. Waktu tadika ada kawan main masak masak. Dah besar sikit, mula mula masuk Darjah 1, main lumba beg roda. Waktu Darjah 3, main lawan pemadam. Lepas tu kira siapa dapat pemadam paling banyak. Masuk Tahap 2, walaupun cikgu dah mula bising pasal UPSR, tiap kali ada waktu lapang tak pernah lupa nak main lubang tikus atau lompat tali getah. Bila masuk sekolah menengah, kalau macam aku yang masuk asrama ni, jumpa kawan baru dari seluruh Negara. Seronok oh. Belajar macam macam loghat. Orang bandar macam aku, pelik tengok macam mana diorang boleh komunikasi dengan baik dengan kawan senegeri dalam bahasa yang kadang kadang cuma diorang je faham. Macam ada secret language pulak. Haha. Pecaya atau tidak, 5 tahun duduk sekolah asrama, kawan kawan aku la yang banyak mencorakkan hidup aku. Aku nangis, diorang yang hulur tisu. Aku demam macam orang gila, diorang yang merayau satu hostel carikkan koolfever sebab aku nangis nangis taknak makan ubat. Pernah sekali, sakit telinga aku teruk sangat, diorang paksa aku makan ubat. Pisang kat DM tu (dewan makan), diorang sumbat dengan pil. Lepas tu, diorang buat banyak lubang kosong supaya aku tak tau pil tu kat mana. Memang waktu gigit pisang tu, aku berserah je la. Nasib tak baik, tergigit pulak pil tu. Pahit! Apa lagi, menangis la aku dalam DM tu. Diorang gelak, aku pun gelak la sekali.
Ye, bila kawan kita gembira, kita gelak. Kawan kita sedih, kita yang menangis. Kawan kita sakit, kita yang tak cukup tidur.
Memang dah lumrah manusia untuk jadik macam kacang lupakan kulit. Bila kita dah berjaya sikit, mula la lupa kawan yang sama sama susah dengan kita. Percaya atau tidak, ada segelintir orang yang sanggup tinggalkan kawan untuk kepentingan sendiri. Contohnya, Alip dengan Ali kawan baik. Pergi mana mana mesti berdua. Buat jahat sama sama. Bergembira sama sama. Tapi, bila nak dekat dengan periksa, Alip pergi belajar dengan Alim, orang yang dia selalu cakap ‘skema’. Alip tinggal Ali sorang sorang sebab Alip tau, Ali takkan boleh buat Alip dapat A+ dalam periksa sebab Ali tak pandai macam Alim. Apa salahnya kalaunya Alip ajak sekali Ali bejar sama sama dengan Alim? Kan lagi manis kalau kita dengan kawan kita sama sama berjaya? Ini hanya contoh sahaja. Harap maklum.
Orang cakap, selalunya kawan kawan dekat sekolah menengah la yang paling kita ingat sekali. Sebab waktu tu masing masing dah boleh fikir dengan matang. Bebas pun bebas. Yelah, waktu sekolah rendah dulu mana mak ayah kita nak bagi keluar dengan kawan kawan pergi Mid Valley tanpa pengawasan orang dewasa? Haha. Maknanya, lagi banyak kenangan manis yang kita kongsi, yang kita cipta. Waktu dapat keputusan UPU, masing masing sibuk carik siapa yang sama universiti dengan dia. Tak kisah la rapat ke tak, janji satu sekolah. Ada la jugak muka yang kita kenal dekat tempat yang serba baru. Lagi seronok, bila kawan satu kelas. Lagi lagi kalau kawan sebelah, depan, belakang meja yang memang geng geng masuk makmal lambat, keluar awal.kawan kawan yang selalu main main hulur hulur makanan waktu cikgu tengah mengajar. Satu universiti dengan kawan baik tak payah cakap la. Mesti gembira nak mampus tu J Awal awal daftar, memang seronok. Lepak dengan kawan satu sekolah je. Sebab waktu tu tak kenal sesiapa lagi. Rasa macam kembali ke zaman sekolah sebab makan dengan diorang, pergi kelas dengan diorang, semua dengan diorang la. Tapi, bila kelas dah mula, jumpa kawan baru, jadual masing masing pun berserabut. Susah nak jumpa. Kawan kita pulak makin rapat dengan kawan kelas dia. Siap pergi makan sama sama. Tidur kat bilik dia lagi. Maka, kita mula la membuat anggapan bahawa kawan kita dah lupakan kita. Kita sedih. Kita pulaukan kawan kita. Jumpa dia pun kita senyum nak tak nak. Kadang kadang, nampak dia dengan kawan kawan baru dia, kita tegur la. Tapi, tegur yang sarkastik. Pernah tak kita fikir yang kawan kita tu terasa? Memang la kita terasa, tapi dia pun terasa. Sebab bila dia nampak kita, dia nak tegur, nak senyum, tapi kita buat buat tak Nampak dia. Pandang sebelah mata pun tak. Pernah tak kita fikir, kawan kita tu, bila tengah jalan jalan dengan ‘kawan baru’ dia, nampak kita, terus sorok. Sebab dia tak nak kita sedih nampak dia dengan ‘kawan baru’. Lepas tu, ‘kawan baru’ kawan kita tu pulak yang terasa. Susah tak jadik kawan kita tu?
Oh. Ini pun ada jugak. Kawan yang lebih pentingkan teman istimewa dari kawan sendiri. Memang la, kalau dah nama pun teman istimewa, mesti la dia lagi istimewa daripada kawan kawan kita. Tapi, layakkah si dia untuk bergelar yang istimewa bila si dia lebih banyak menyakitkan hati kita daripada kawan kawan kita? Bila si dia yang banyak membuat kita luka hingga berdarah dan kawan kawan kita yang balut dan rawat kita? Si dia yang tak boleh nak terima kawan kawan kita seadanya? Layak ke? Kita tanya diri sendiri. Kalau diri sendiri lebih rela disakiti daripada dijaga, pergi lah. Pergilah kepada teman istimewa tu. Sebab, kawan kita memang akan sentiasa doakan kebahagiaan kita. Sebab dia nak kita tau, kalau si dia sakitkan hati kita lagi, kawan kita tu sentiasa ada untuk hulurkan tangan. Walau macam mana perit, pedih sekali pun hati kawan kita sebab kita buat dia macam tandas awam, dia sentiasa akan sambut kita dengan senyuman untuk mengubat luka kat hati kita.
Jangan pernah sesekali bagi alasan “Aku taknak cerita kat kau sebab aku taknak kacau kau. Aku tau kau sibuk”. Ketahuilah bahawa, kawan kita memang nak kita kacau masa dia dengan menceritakan semua masalah kita. Sebab cuma dengan cara tu je dia tau yang kita tak pernah lupa dia. Kalau kita mula menceritakan masalah kita dekat orang lain, maknanya kita dah mula melupakan kawan kita yang selalu menghibur di kala lara. Kalau kawan kita tak nak cerita kenapa dia sedih, jangan paksa dia. Sebab itu maknanya dia taknak kita menangis. Lambat laun, bila dia dah gembira balik, dia akan cerita. Sebab waktu tu emosi dia dah stabil, dia yakin dia boleh buat kita gelak.
Kadang kadang kita tak perasan pengorbanan kawan kita. Kita nampak pengorbanan kita je. Sebab kawan kita tak pernah cakap apa yang dia lepaskan untuk kita. Jangan pernah sesekali mengeluh. Sebab kawan ialah anugerah Allah yang paling berharga.
Terima kasih kepada sesiapa yang sudi jadik kawan aku J Aku tak boleh letak nama, tapi aku tau korang tau aku cakap pasal korang. Sekejap, nak letak satu nama. Haha. NSHZ J

May Peace be Upon You!

No comments: